Search This Blog
Tuesday, October 27, 2020
Cefazolin Injection - Quick Guide for Administration
Monday, October 26, 2020
Empagliflozin (JARDIANCE) – Maklumat untuk Pesakit
1.
Cara pengambilan :
·
Ambil satu kali sehari pada masa yang sama setiap hari.
·
Boleh diambil bersama makanan atau semasa perut kosong.
·
Sekiranya terlupa
ambil 1 dos :
Ø Ambil dos secepat mungkin -
jika dalam masa 12 jam
Ø Abaikan (jangan lagi ambil)
jika melebihi 12 jam
Ø Jangan gandakan dos
·
Jika berpuasa, disarankan untuk ambil ubat ini selepas
berbuka puasa.
2.
Penjagaan sepanjang
pengambilan ubat:
·
Minum air secukupnya (jika
doktor tidak mengehadkan pengambilan
air).
·
Jaga kebersihan
bahagian kemaluan untuk mengurangkan risiko jangkitan.
·
Jaga kebersihan kaki dan elakkan luka pada kaki.
3.
Hubungi doktor segera jika
anda mengalami tanda-tanda berikut:
§ Nafas berbau buah-buahan,
muntah, sakit perut, tidak bertenaga.
§ Rasa sakit
semasa kencing, kencing keruh, kencing berdarah.
§ Pening / pitam,
kabur penglihatan.
Jika anda kurang makan disebabkan anda sakit / akan menjalani pembedahan, sila maklumkan doktor anda kerana doktor mungkin perlu membuat perubahan terhadap ubat anda.
Kesan Sampingan |
Tanda-tanda |
Saranan |
Diabetic
Ketoacidosis (DKA)
|
ü Nafas berbau buah-buahan ü Kerap kencing ü Mual, muntah ü Kurang selera makan ü Sakit perut ü Terlampau dahaga ü Sesak nafas ü Kekeliruan / rasa tidak bertenaga /
mengantuk yang luar biasa |
Jika anda mengalami beberapa
tanda tersebut, dapatkan rawatan SEGERA
|
· Jangkitan
kulat pada bahagian kemaluan
· Jangkitan
kuman pada saluran kencing |
ü Bahagian kemaluan : Kegatalan /
ruam / merah / bengkak / berbau / kebas-kebas / sakit ü Wanita: Keputihan tebal seperti keju kotej
ü Rasa ‘panas’(burning sensation) terutama ketika kencing / hubungan seksual ü Rasa ingin kencing yang kerap ü Kencing keruh / berdarah |
Jika ada beberapa tanda
tersebut, sila jumpa doktor
Tip Penjagaan kawasan
kemaluan: § Kebersihan hendaklah dijaga § Cuci bersih setiap kali anda ke tandas § Wanita: basuh dari depan ke belakang § Lelaki yang tidak bersunat: tarik bahagian kulit kemaluan dan basuh bersih |
Tekanan darah rendah < 90/60 mmHg |
ü Pening / Pitam ü Kabur penglihatan |
§ Bangun dengan perlahan dari
posisi duduk / baring § Dapatkan rawatan jika kesan
berlanjutan |
Kurang air dalam badan (Dehidrasi) |
ü Ubat ini akan menambah pembuangan air kencing |
Minum air kosong secukupnya § (jika
doktor tidak mengehadkan pengambilan air anda). |
Kulit ruam, merah-merah atau
gatal-gatal |
§ Mungkin
tanda alahan / allergy § Sila
jumpa doktor |
References:
1.
Product leaflet: Empagliflozin
(JARDIANCE) – Revised on 13 May 2016
2.
Micromedex: Empagliflozin
3.
MIMSGATEAWAY: Empagliflozin
4.
National Pharmaceutical Regulatory
Agency (MADRAC Volume 27, Issue 3 2018)
5.
Kalra, S., Baruah, M. P., &
Sahay, R. (2014). Medication counselling with sodium glucose transporter 2
inhibitor therapy. Indian journal of endocrinology and metabolism, 18(5),
597–599. https://doi.org/10.4103/2230-8210.139206
7.
CPG Management of Type 2 Diabetes
Mellitus, 5th Edition 2015
8.
UptoDate: Drug information:
Empagliflozin
10.
https://www.accessdata.fda.gov/drugsatfda_docs/label/2018/204629s019lbl.pdf#page=34
All information accessed on 3 Nov
2020
Prepared by Syahmi ; Proofread by Nabiha, Eric and Lee Ann ; Edited by J. Ho