Monday, October 26, 2020

Empagliflozin (JARDIANCE) – Maklumat untuk Pesakit

1.  Cara pengambilan :

·         Ambil satu kali sehari pada masa yang sama setiap hari.

·         Boleh diambil bersama makanan atau semasa perut kosong.

·         Sekiranya terlupa ambil 1 dos :

Ø  Ambil dos secepat mungkin - jika dalam masa 12 jam

Ø  Abaikan (jangan lagi ambil) jika melebihi 12 jam

Ø  Jangan gandakan dos

·         Jika berpuasa, disarankan untuk ambil ubat ini selepas berbuka puasa.

 

2. Penjagaan sepanjang pengambilan ubat:

·         Minum air secukupnya (jika doktor tidak mengehadkan pengambilan air).

·         Jaga kebersihan bahagian kemaluan untuk mengurangkan risiko jangkitan.

·         Jaga kebersihan kaki dan elakkan luka pada kaki.

 

3. Hubungi doktor segera jika anda mengalami tanda-tanda berikut:

§  Nafas berbau buah-buahan, muntah, sakit perut, tidak bertenaga.

§  Rasa sakit semasa kencing, kencing keruh, kencing berdarah.

§  Pening / pitam, kabur penglihatan.

 

Jika anda kurang makan disebabkan anda sakit / akan menjalani pembedahan, sila maklumkan doktor anda kerana doktor mungkin perlu membuat perubahan terhadap ubat anda.



 Kesan Sampingan

Tanda-tanda

Saranan

Diabetic Ketoacidosis (DKA)

 

 

ü  Nafas berbau buah-buahan

ü  Kerap kencing

ü  Mual, muntah

ü  Kurang selera makan

ü  Sakit perut

ü  Terlampau dahaga

ü  Sesak nafas

ü  Kekeliruan / rasa tidak bertenaga / mengantuk yang luar biasa

Jika anda mengalami beberapa tanda tersebut, dapatkan rawatan SEGERA

 

·       Jangkitan kulat pada bahagian kemaluan

 

·       Jangkitan kuman pada saluran kencing

ü  Bahagian kemaluan :

Kegatalan / ruam / merah / bengkak / berbau / kebas-kebas / sakit

ü  Wanita: Keputihan tebal seperti keju kotej

ü  Rasa ‘panas’(burning sensation)  terutama ketika kencing / hubungan seksual

ü  Rasa ingin kencing yang kerap

ü  Kencing keruh / berdarah

Jika ada beberapa tanda tersebut, sila jumpa doktor

 

Tip Penjagaan kawasan kemaluan:

§ Kebersihan hendaklah dijaga

§ Cuci bersih setiap kali anda ke tandas

§ Wanita: basuh dari depan ke belakang

§ Lelaki yang tidak bersunat: tarik bahagian kulit kemaluan dan basuh bersih

Tekanan darah rendah 

 < 90/60 mmHg

ü  Pening / Pitam

ü  Kabur penglihatan

§ Bangun dengan perlahan dari posisi duduk / baring

§ Dapatkan rawatan jika kesan berlanjutan

Kurang air dalam badan  (Dehidrasi)

ü  Ubat ini akan menambah pembuangan air kencing

Minum air kosong secukupnya

§ (jika doktor tidak mengehadkan pengambilan air anda).

Kulit ruam, merah-merah atau gatal-gatal

§ Mungkin tanda alahan / allergy

§ Sila jumpa doktor


 

References:

1.        Product leaflet: Empagliflozin (JARDIANCE) – Revised on 13 May 2016

2.        Micromedex: Empagliflozin

3.        MIMSGATEAWAY: Empagliflozin

4.        National Pharmaceutical Regulatory Agency (MADRAC Volume 27, Issue 3 2018)

5.        Kalra, S., Baruah, M. P., & Sahay, R. (2014). Medication counselling with sodium glucose transporter 2 inhibitor therapy. Indian journal of endocrinology and metabolism, 18(5), 597–599. https://doi.org/10.4103/2230-8210.139206

6.        https://patient.info/medicine/empagliflozin-tablets-for-diabetes-jardiance#:~:text=Empagliflozin%20works%20on%20your%20kidneys,combination%20is%20called%20Synjardy%C2%AE

7.        CPG Management of Type 2 Diabetes Mellitus, 5th Edition 2015

8.        UptoDate: Drug information: Empagliflozin

9.        https://www.worlddiabetesfoundation.org/sites/default/files/IDF%20%26%20DAR%20Guidelines%20April-16-low_0.pdf

10.     https://www.accessdata.fda.gov/drugsatfda_docs/label/2018/204629s019lbl.pdf#page=34

11.     https://www.pharmacy.nhg.com.sg/uploadedfiles/apps/pil/75/Malay/SGLT-2%20Inhibitors%20(Dapagliflozin_Empaglifozin)_Malay.pdf

 

All information accessed on 3 Nov 2020

Prepared by Syahmi ; Proofread by Nabiha, Eric and Lee Ann ; Edited by J. Ho 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.